Francais Mudah Gerak (Mobile)

22 May 2014 – Kosmo

Kuala Lumpur: Persatuan Francais Malaysia (MFA) berharap lebih ramai usahawan tempatan menceburi segmen francais dalam bentuk ‘mobile’ atau ‘mudah gerak’ yang mana ia dilihat sesuai dengan pertumbuhan industri berkenaan yang semakin berkembang secara positif.

Pengerusinya, Datuk Mohd Latip Sarrugi berkata, langkah itu membolehkan lebih ramai individu terbabit dengan perniagaan kerana ia tidak memerlukan kos permulaan atau modal terlalu tinggi.
Beliau berkata, kebanyakan sistem francais sedia ada menawarkan ‘entry point’ atau jalan masuk yang membebankan dari segi modal.

 

“Francais dalam bentuk ‘mudah gerak’ tidak memerlukan kos terlalu tinggi dan ia bersesuaian dengan matlamat kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk melahirkan lebih ramai usahawan makro francais.
“Antara contoh francais mobile ialah perkhidmatan pencucian rumah dan mencuci kenderaan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media bagi Franchise International Malaysia 2014 (FIM2014) di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Azmi Lateh dan Ketua Pegawai Eksekutif My Franchise Sdn Bhd, Fauzi Awang. Beliau berkata, bagi menyemarakkan lagi konsep perniagaan francais, pihaknya akan mengadakan pameran jalanan setiap bulan mengikut zon supaya produk tempatan boleh dijadikan sebahagian daripada sistem francais pada masa akan datang.

 

P.S : ..Hubungi kami untuk maklumat lanjut | Seragamkan perniagaan anda sekarang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s